Wednesday, February 18, 2009

Siaran Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor...










News Story



SIARAN LANGSUNG DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

Siaran Langsung ini dibawakan OLEH TVSELANGOR SERTA TVANTARA yang dipertonton kepada rakyat tentang persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dan permasalah yang akan dikemukakan di dalam persidangan ini.



Tuesday, February 17, 2009

Elizabeth Wong Tawar perletakan jawatan ADUN dan Exco






Damansara 17 Febuari 2009 - Elizabeth Wong menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ekoran penyebaran foto bogel yang diambil tanpa kebenarannya. Beliau membuat pengumuman itu pada sidang akhbar pada jam 11 pagi ini di ibu pejabat PKR di Tropicana, Damansara

Elizabeth memberitahu sidang akhbar berkenaaan bahawa beliau menawarkan diri untuk meletakkan kedua-dua jawatan demi kepentingan parti. Beliau mengambil keputusan itu meskipun mendapat sokongan daripada pengundi dan pihak parti.

Semalam, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Bekas aktivis hak asasi manusia itu menjadi Adun PKR Bukit Lanjan dan EXCO Pelancongan, Hal ehwal pengguna dan Alam Sekitar sejak 11 bulan yanglalu.

Foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya dan disebarkan kepada akhbar untuk mencemarkan maruah dan peribadinya

"setiap orang mempunyai hak kesalahan dan saya mempunyai hak privasi".

Perletakan jawatan Elizabeth, jika diperakukan, bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memanggil sebuah lagi pilihanraya kecil untuk Bukit Lanjan, selain pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang diadakan serentak 7 April depan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Elizabeth menang dengan dengan majoriti 5,155 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengaturkan urusan penyerahan tugas-tugas saya. Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan".

Monday, February 16, 2009

4 Perkara yang paling bernilai

Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:

"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka... .
  • Akal boleh hilang disebabkan marah.
  • Agama boleh hilang disebabkan dengki.
  • Malu boleh hilang disebabkan tamak.
  • Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

  • Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
    1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
    2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
    3. Ulat akan menarik tubuhnya.
    4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

    Dari Ali r.a yang bermaksud:
    Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

  • Memberi maaf pada waktu marah.
  • Suka memberi pada waktu susah.
  • Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
  • Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

  • Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
    Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

    1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
    2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
    3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
    4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

    Thursday, February 5, 2009











    7 November 2008 ( Janda Baik ) - Hari Ini Dalam Sejarah, Team PSI ataupun dulu dikenali sebagai Seekers Malaysia dibawah pimpinan Syed Abdullah Al-attas ataupun Uncleseekers telah berjaya mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk "99 jelmaan Makhluk Halus". Pada hari ini, Team PSI telah berjaya menambat hati seorang pembaca untuk membeli buku "99 Jelmaan Makhluk Halus yang bernilai RM1000 dan beliau juga adalah orang yang pertama membeli buku tersebut. kata beliau,

    "saya berminat dengan buku ini, dan saya terus membuat panggilan untuk membuat temu janji bagi saya dapatkan buku ini. Bagi saya, buku ini adalah buku yang terlalu banyak fakta dan juga berkemungkinan dapat melatih minda saya supaya terbuka untuk mengetahui tentang dunia makhluk haluk ini. Taniah juga saya kepada Team Psi kerana telah berjaya mengeluarkan buku yang setebal ini untuk peminat dunia paranormal di Malaysia."

    Sehubungan dengan itu, Uncle juga menceritakan proses bagaimana lahirnya buku ini kepada kami. Sungguh tidak percaya kerana dengan setebal buku ini, prosesnya mengambil lebey kurang 6 tahun untuk menyiapkan keseluruhannya.

    " Saya tak kisah orang nak cakap saya apa pun, saya telah melaksanakan tugas saya untuk mengeluarkan buku ini hampir 6 tahun dan memberitahu kepada semua rakyat malaysia yang mana mitos dan yang mana benar. Segala unkapan di dalam buku ini semuanya mengikut kepercayaan orang Melayu. Orang nak kata saya gila ke, saya tak betul ke, saya tak peduli dengan kata-kata mereka. Tapi kenapa mesti mempersoalkan tentang saya. kan ramai lagi manusia didalam malaysia ni yang buat kerja macam saya...."

    Tuesday, February 3, 2009

    sorry for last day.....


    just want say sorry to u?????

    Bukan saya tak nak tolong awak, memang saya tunggu awak cakap je bila nak gerak, awak dah cakap besok, saya tunggu lah hari ni..tapi awak diam je...mane lah saya nak tau....bila saya terbaca apa yang awak tulis kat dalam blog awak tu...rasa bersalah lak saya kat awak..adoi...

    selangkah kata - 

    Tidak!
    lalu siapa yang akan menjala recik-recik air
    dan menebar hangat mentari sang fajar?
    meskipun hanya sebongkah rindu yang membiru,
    ialah yang mengajarkanku artinya bertahan hidup!
    : bukan membiarkan cinta merajam-rajam rapuhnya jiwa,
    sekadar mengukir waktu dengan gemulai yang dijelang beku
    berteman lidah yang kelu
    maka cinta yang merasuk kelak membusuk dan lapuk
    inilah bukti sejatinya apabila rindu menjelma dan pasrah yang kian
    merekah

    Langit telah penuh dengan kupu-kupu
    terdengar lagi senandung yang dulu
    itulah dia rindu!

    Answer the Question?

    Dulu ada seorang anak bernama laila, dia berkahwin dengan halim..."laili, tolong abang, sakit sangat ni...sambil memgang dadanya" lantas laili terus kepangkuan halim. Dalam keadaan yang amat gusar itu, laili membuat panggilan. deringan demi deringan laili mendengar. tapi si hamid langsung tidak angkat telefon. Tanpa membuang masa, laili terus mencapai kunci lori dan memapah halim masuk ke dalam lori dan ini lah kali pertama laili memandu lori satu tan. sampai di hospital, doktor mengesahkan En. Halim menghidap penyakit sakit jantung. Laili hanya berserah kepada Tuhan atas setiap ayat yang dikeluarkan oleh Dr tersebut.  Sebelumm pulang, doktor menyampaikan pesanan kepada Pn Laili agar tidak menyergah atau mengejut atau terkejutkan En Halim... "Baik Doktor", Laili hanya mampu mengangguk...
    3 Bulan kemudian, ketika halim sedang nyenyak tido, beliau telah didatangi satu mimpi yang amat dasyat, sedang beliau berjalan di dalam hutan untuk memburu kijang, beliau terserempak dengan seekor harimau, beliau tergamam.......terkaku...terkelu tanpa satu pergerakan....ngauman harimau tersebut makin lama makin kuat....halim terkejut dari keadaannya....lantas mengundurkan diri selangkah demi selangkah kebelakang dan setiap langkah yang diundurkannya itu di ikuti oleh harimau tersebut...tangannya meraba-raba kebelakang dan tersentuh sebuah pokok yang amat besar. berdesup halim memusingkan badannya dan terus memanjat ke atas pokok itu. kegelisahannya itu reda seketika. Sedang harimau mengaum-ngaum di bawah, halim terdengar satu bunyian yang agak menaikkan bulu romanya. Anggapannya tepat sekali, tapi memikirkan apa-apa, Lantas satu jeritan yang amat kuat.."tolong...tolong...." dan lantas halim merebahkan diri dari atas pokok.
    Sedang laili nyenyak di kamar tidur, beliau terjaga atas kedengaran bunyi suara halim meminta tolong...Laili tersenyum ssimpul melihat keadaan halim yang jatuh dari atas katil...tetapi senyumannya itu bertukar menjadi resah apabila laili mengejut halim, tetapi setiap panggilan dari laili langsung tidak di endahkan dan tidak membuatkan halim terjaga. Laili tidak puas hati dan mendengar degupan jantung beliau, ternyata degupan jantungnya terhenti dan nafasnya juga terhenti, laili hanya mampu menangis dan menjerit mintak tolong....
    Alhamdulillah, ada jugak jiran yang prihatin mendengar jeritan laili tadi.

    Soalannya?
    1. Kenapakah En Halim Meninggal?
    2. Sebab-sebab En Halim meninggal?
    3. Adakah cerita ini Logik?

    My 1st Book In Malaysia. Thankz Guys!!!!


    Dunia Paranormal menjadi satu tarikan dalam hidup aku ini. dah tak boleh lari dah. tak tau nak kejar macam mane..sampaikan aku habiskan mase lebih dari setahun untuk menyiapkan buku ini....tapi tanpa bantuan UNCLE tu...aku tak de pape yang dapat di sumbangkan kepada Team PSI..akhirnya...setelah aku memerah kepala otak aku ni...anda semua tidak tahu betapa payahnya aku nak siapkan buku ni....kalau anda semua tahu....mesti korang larinya....hahahahaha.....apa pun terima kasih buat team psi terutama UNCLE, kawan-kawan yang banyak memberi semangat kepada aku untuk buat buku ini..akhirnya berada di pasaran!!!!
    jangan lupa dapatkan buku tersebut......menarik di dalamnya......
    yang takut pada hantu tu..pegang lah pepatah ini..."jadikan lah ketakutan itu satu hiburan bagi kita"

    KATA PENULIS NOVEL - 

    Nak bagitau anda semua…..saat menyeramkan telah tiba di rak-rak buku kini hihihihih….
    Ini semua angkara dari kepelikan Abdullah hussien alattas ( Uncle ) yang telah meneroka alam mereka hahahahaha….
    Nak rasa naik bulu roma, bayar pengerasnya…
    Manusia di semenanjung rm 9.99 je…
    Di sabah & Sarawak rm 12.99 je….
    Hehehehehehe…..

    Monday, February 2, 2009



    nak cakap skit

    Cinta...kenapa ye dengan cinta..eemmm...No Komen..biarlah semuanya. Buat rakan-rakan ku sekalian...Kita lupakanlah kenangan kita yang pahit2 tu..kita bina lah kenangan yang baru...okey..dah...dah..tak mo sedey2 dah ye...nak tulis ape pun dah tak tau....

    About my life

    hye everybody...say hallo to shah!!!...thankz sudi luangkan masa untuk mengenali shah_clunk yang tak seberapa hensem dan hebat ini. Buat pengetahuan teman-teman semua, kalau nak dibandingkan antara shah_clunk dan bradd pitt, hanya beza 20% peratus sahaja.huuhhuhuhuh..add ,my yahoo messengger : shah_clunk84 --- msn : shah_clunk@hotmail.com web : www.tvantara.com

    sekilas pandang

    Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah oang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya.. Dan bila suatu masa dia hilang dari pandanganmu...kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari...