Tuesday, February 17, 2009

Elizabeth Wong Tawar perletakan jawatan ADUN dan Exco






Damansara 17 Febuari 2009 - Elizabeth Wong menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ekoran penyebaran foto bogel yang diambil tanpa kebenarannya. Beliau membuat pengumuman itu pada sidang akhbar pada jam 11 pagi ini di ibu pejabat PKR di Tropicana, Damansara

Elizabeth memberitahu sidang akhbar berkenaaan bahawa beliau menawarkan diri untuk meletakkan kedua-dua jawatan demi kepentingan parti. Beliau mengambil keputusan itu meskipun mendapat sokongan daripada pengundi dan pihak parti.

Semalam, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Bekas aktivis hak asasi manusia itu menjadi Adun PKR Bukit Lanjan dan EXCO Pelancongan, Hal ehwal pengguna dan Alam Sekitar sejak 11 bulan yanglalu.

Foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya dan disebarkan kepada akhbar untuk mencemarkan maruah dan peribadinya

"setiap orang mempunyai hak kesalahan dan saya mempunyai hak privasi".

Perletakan jawatan Elizabeth, jika diperakukan, bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memanggil sebuah lagi pilihanraya kecil untuk Bukit Lanjan, selain pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang diadakan serentak 7 April depan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Elizabeth menang dengan dengan majoriti 5,155 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengaturkan urusan penyerahan tugas-tugas saya. Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan".

No comments:

Post a Comment